Sahabat.....
Bagai embun pagi tatkala matahari akan menyinari bumi ini, 
ketika kebahagiaan datang menghampiri,ia ada bersama,
Ketika bersedih dan luka, dia juga akan merasa kesakitannya,
Merasakan bahawa disetiap langkah ia ada dalam ingatan,


Sahabat.....
Ukhuwah yang terbina antara kita ibarat sekuntum bunga,
Meskipun kini kita terpaksa berpisah demi kasihNYA,
Namun segala kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata,
Detik dan waktu yang berlalu menjadi memori kita yang berharga,


Sahabat....
Tulus ikhlasmu dan budimu bagai tiada pengganti,
Senyum tawamu dan katamu menghiburkan hati,
memori indah kita bersama terus bersemadi,
kaulah sahabatku dan teman sejati,


Sahabat....
Sewaktu kita bersama setia menimba ilmu,
Tanpa mengenal erti penat dan jemu,
kita bersama melalui onak duri dengan semangat suci, 
Demi mengejar kejayaan,
Kini segalanya akan tersurat dalam sanubari....

Sahabat...
kini kita kan berpisah,
bersabarlah dengan ketentuanNya,
ada hikmah yang tersembunyi, 
kita bertemu dan berpisah kerana Allah
semoga saat yang indah ini akan berulang lagi....


-Sahabat...di waktu aku dalam kesepian, engkau hadir membawa senyuman.. di waktu aku dalam kesusahan, engkau hadir membawa pertolongan.. di waktu aku sakit ...engkau hadir membawa penawar.. di waktu aku jatuh, engkau hadir membawa semangat.. wahai sahabat.. tatkala susah dan senang, engkau dan aku sentiasa bersama.. sekalung doaku untuk sebuah persahabatan, semoga kekal buat selamanya... -berkasih sayang hanya kerana-Nya♥ -
^_^ Khas buat sahabat ^_^