Alhamdulilah..syukur kepada ALLAH, ALLAH maha Besar.. ^_^

Kita masih lagi diberi kesempatan utk menghirup oksigen pada hari ini..
Dah lama rasanya kita tak bercerita dalam blog ni,mungkin da lebih 2 tahun kan.kali ni kita nak berkongsi mengenai satu topik yg agak panas apabila dibincangkan...

Iaitu.." POLIGAMI "jom selami"

Pada yg sudah memasuki alam poligami Alhamdulilah. Tahniah kerana anda sebenarnya telah berjaya melawan nafsu dan kepentingan diri dan anda adalah seorang wanita yang hebat. Kerana bukan mudah untuk menjadi wanita hebat seperti anda. (Engkau sebenarnya telah menunjukkan dihatimu hanya ALLAH yg satu yg engkau cintai.)

Bila dengar saja "yang..boleh tak abg kawin sorang lagi?
Pang! Macam batu besar jatuh atas badan. Atau 
Pangg! Tersepak suami. Nauzubillah. Ya ALLAH ampuni dosa kami sbg isteri yg sudah terlalu ikut nafsu dan syaitan. 

Pada dasarnya apabila kita dengar saja poligami pasti ramai isteri-isteri yg akan marah dan rasa ishh..xpatutlah.. aku xnak.. minta2 bukan aku.. kalau laki aku nak kawin lagi, aku minta cerai dan sebagainya.... nauzubillah..
Tapi sebenarnya adakah kita benar2 tahu apa sebenarnya poligami? Betul ke ia tak baik utk isteri?

Kebanyakkan yg rasa begitu kerana mereka telah diajar sejak kecil lagi tentang keburukan berpoligami..  sebenarnya poligami itu sendiri bukanlah sesuatu yg buruk tetapi sesetengah lelaki yg tidak benar2 mendalami ilmu berpoligami yg menampakkan ia tidak baik dan sebagainya. 

Cuba kita fikir sendiri adakah ALLAH sengaja membenarkan poligami ini berlaku kepada isteri-isteri? Adakah ALLAH sengaja merencanakn yg buruk.. tidak bukan, sesungguhnya perancangan ALLAH itu adalah yang paling terbaik buat kita kaum isteri atau wanita. Setiap ujian ALLAH itu sebenarnya merupakan nikmat ALLAH berikan kepada kita.

Selama ini adakah kita sedari yg kita sudah terlalu jauh dari DIA,kita lebihkan manusia dari DIA. sedangkan kita tahu semua yg ada pada kita ini hanyalah pinjaman dari DIA. Dan segalanya milik ALLAH. Suami adalah milik DIA,Anak juga milik DIA.

Bila-bila saja ALLAH boleh uji kita,sejauh mana kecintaan kita pada DIA sebenarnya. Tiba-tiba ALLAH berikan rasa sayang suami utk orang lain, ALLAH temukan suami dengan wanita lain utk menyelamatkan wanita itu. Ingatlah ALLAH yg pegang hati manusia, bukan manusia yg memegang hatinya sendiri. Ingatlah setiap yg berlaku ada hikmatnya. Ingatlah, ALLAH yg telah memberikan rasa cinta yg ada dalam hati kita waktu dahulu, dan kini ALLAH berikan pula rasa itu untuk wanita lain,utk berkongsi suka dan duka utk mendapat pasangan hidup sepertimana kita.

Cubalah kita cari hikmahnya berpoligami, cuba selami apa sebenarnya poligami, jangan terus marah dan menolak. Seperti orang tak ada tuhan.

Bukalah hati, bukalah minda untuk mempersiapkan diri atas apa saja kemungkinan, kerana kita tak tahu apa yg telah ALLAH rencanakan utk kita kelak. Tetapi yg pasti ALLAH tahu apa yg terbaik utk kita sebagai hambanya.

Sebenarnya banyak hikmah yg tersembunyi, diri kita akan lebih dekat dengan ALLAH. Dan banyak lagi hikmah2 yg lain. Nanti kita akan berkongsi pada coretan yg akan datang ya. ^_^ 

Akhir kata: "

-Buka hati! Buka minda! Ketenangan akan datang sendiri! InsyaALLAH!-