Sisi kehidupan 2 :  Fikir ikut akal jangan ikut nafsu

Tiada yg lebih indah dalam hidup ini selain mencintaiMU ya Rabb. MerinduiMU..

Jiwa rasa tenang walau pada mulanya sedih melanda diri namun bila difikirkan semula dan meletakkan ALLAH nombor satu dalam hati, terus hati jadi lembut. Kalau tak caya buatla ^-^

Mula2 sedih sebab orang janji dengan saya tapi tak jadi. Biasalah sebagai manusia memang banyak sangat kelemahan. Mula la nafsu dan syaitan datang membuat onar didalam hati yang lemah ni. Dia bagi kita rasa tak cukup, dia buat kita rasa tak gunalah berkorban pun. Dia buat kita rasa nak bergaduh.

Tapi Alhamdulilah ALLAH meyedarkan hati yang keras tadi menjadi lembut. ALLAH sayangkan kita. :)

Maafkan diri ini suamiku, kerana mula berfikir yang tidak2. Namun cepat2 saya istigfar dan menyerahkan segala urusan pada ALLAH. Sudah ALLAH tetapkan kerja itu datang pada waktu ini. InsyaALLAH,Semoga kita dapat jadi isteri yang memahami tugas seorang suami. Dan sentiasa menyokong segala usaha dan jerit perihnya mencari rezeki.

Jangan pula kita ikutkan hati yang tandus keimanan ini, ia tak membawa apa2 kebaikan pada kita malah merosakkan istana yang dibina atas dasar cinta kepada Ilahi.

Cuba kita fikir balik apa jadi kalau kita ikut nafsu berfikir tadi jadinya pergaduhan yang tak membawa apa erti.

Tapi kita fikir ikut akal yang ALLAH berikan, ingat segala kebaikan dan nikmat yang ALLAH bagi pada kita. ALHAMDULILAH. sangat banyak nikmat DIA bagi hari ni. Suamiku dirumah. Layan suami dengan baik,jadikan kita tempat dia nampak ketenangan bukanlah nampak kusut dan lebih susahkan hati dia.

Suami kita adalah anugerah yang ALLAH pinjamkan pada kita maka jagalah dia sebaiknya,kerana dia adalah tetamu kita yang sebentar lagi akan dikembalikan kepada pemilikNYA.

kumpullah sebanyak mungkin pahala melaluinya. Kerna suami adalah jambatan isteri ke syurga. Nikmat ALLAH yang tak ternilai.

Andai sakit serahkan pada ALLAH
Andai gelisah ceritakan pada ALLAH
Andai bahagia syukurlah pada ALLAH.

Bak kata 1 lagu
Kalau cinta katakanlah ~~
Jadi kalau betul cintakan ALLAH, Buktikanlah..
ALLAH suruh kita sebagai isteri taat pada suami, jadi taatlah pada suami kerana disitu letaknya cinta kita pada DIA. Dan ingat redha suami adalah redha ALLAH.

^-^ ♡♡♡ ambil yang baik2,fikir yang baik2.