kemanisan-iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Showing posts with label Bicara Cinta. Show all posts
Showing posts with label Bicara Cinta. Show all posts

Imamku......


Calon suamiku ...

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti... Kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung...
Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam...
Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang ada ini...
Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa...

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya.
Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya.
Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih).

¤══¤۩۞۩ஜhikmahஜ۩۞۩¤══¤

Renungilah...
Lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh...
 
Firman Allah SWT :
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-NYA kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1).


Wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.

About this blog

Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutera sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukanlah

MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI yang mengharap materi..

Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa...

Baghdadi Training Center

  • http://atckedah.blogspot.com

Followers

Search This Blog


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Wassalam
...keep in touch...^_^
crazyprofile.com

My Blog List

Mimpi yang indah

Bila ku lalui jalan berduri,
sejuta harapan terus kupertahankan,
bukan mudah menggapai bintang,
disini dugaan mendatang,
disebalik kepayahan disitulah kekuatan,
tekad hati azimat diperjalanan,
mengejar impian......
dan bila laluan seakan sukar,
bagai tak terdaya untuk terus bertahan
namun kasihmu menyedarkan,
aku tak pernah sendirian,

disebalik kepayahan disitulah kekuatan,
tekad hati azimat diperjalanan,

tinggi langit mimpi ini,
tak ku ragu untuk membuktikan,
indah bila yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan,
akan ku lalui kesulitan ini,
pasti akan bergantikan kebahagiaan... ^_^

Sabar dan Redha

Alhamdulillah....Hari yang cerah,secerah sekeping hati yang REDHA menyambut takdir Ilahi.Hari yang tenang,setenang sekeping hati yang SABAR saat diri diuji.Jangan kecewa andai semalam ditusuk duka,kerana akan hadir juga bahagia setelah derita.Seumpama siang yang pasti menjelma,selepas malam yang gelap gelita.Lalu bersyukurlah pada Ilahi tatkala melihat mentari hari ini.



ShoutMix chat widget


Popular Posts

Labels

Powered by Blogger.