Saudaraku.. Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segalanya. Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil dibanding dengan banyak mana telah Allah beri pada kita. Firman Allah :


"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya."
  
Mata,telinga,mulut,tangan,kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah,rumah,kereta,suami,isteri,anak-anak dan pandanglah sekitarmu apakah yang kurang? segalanya cukup,tiada yang kurang.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa kita harus bersedih? itulah tandanya bahawa Allah mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik... Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain..Tidak mustahil.


Tidak bermakna apa yang kita suka itu baik buat diri kita dan apa yang kita tidak suka itu buruk buat kita, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.. Dan Allah memberikannya sesuai pada waktunya.. Pernahkah kita kita fikir semua ini?Mari kita renungkan semula...
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". (Al- baqarah :216)


Berlapang dadalah kepada Allah, bahawa Allah menetukan segalanya. Yakin dan berserahlah pada Allah.. Firman Allah : " Jangan takut, jangan berdukacita." (Al-Ankabut 29:33)


Saudara. Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak,masalah kerja, masalah itu dan ini dan sebagaimya. maka dia akan bersedih dan jiwanya tertekan.


Mengapa kita harus bersedih? bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan dan ujian, segala ujian yang menimpa diri bukanlah untuk menjadikan kita lemah tetapi sebenarnya untuk mengajar kita menjadi lebih kuat dan berjihad,maka mintalah pertolongan dari yang Maha Esa kerana Allah suka pada hamba yang sentiasa berdoa dan meminta pertolonganNya. Allah itu Maha mengetahui segala sesuatu dan kita akan beroleh pahala dariNya.


Dan apakah ada masalah yang lebih besar didunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan? Iblis telah berjanji akan menyesatkan bani adam dan akan sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita melakukan maksiat, itulah masalah terbesar. Manusia perlu mengelak masalah ini dengan melawan nafsu,melawan syaitan, melawan iblis kerana itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia dimuka bumi ini.


Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akn mengganggu bani Adam, dia akan menggoda bani Adam, dia kan menyesatkan bani adam. Mereka akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak dari kita kecil, dewasa hinggalah kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi.


Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah akan menjadi lebih tenang dan tahu untuk menyelesaikannya.


Saudaraku..Yakinlah pada Allah dan berserahlah segalanya pada Allah, kita hanya perlu berusaha dan Allah jualah yang menentukan segalanya... ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang..dan ingatlah Allah sentiasa bersama kita..



Ketika diri mencari sinar,
secebis cahaya menerangi awan,
adakalanya langkahku tersasar tersungkur dilembah kegelapan,
bagaikan terdengar bisikan luhur memberikan pengharapan,
kehadiranMu menyentuh kalbu menyalakan obor keinsafan.


Tika ku kealpaan Kau bisikan bicara keinsafan,
tika aku diuji dengan dugaan,
Kau berikan ku kekuatan,
Saat ku kehilangan keyakinan,
Kau nyalakan harapan,
ku memohon keampunanMu ya Tuhan
dan ku bersyukur dengan segala rahmat yang telah Kau berikan....