Diantara perkara yg mesti diimani oleh setiap orang mukmin ialah mengenai 'sirat' atau titian yg merentangi neraka jahannam menuju ke syurga. Tiada seorangpun yg terkecuali daripada melalui titian tersebut, sebuah jambatan lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.
Manusia akan terpegun dan gementar sekujur badan apabila berdepan dengan titian yg amat luar biasa. Sirat 1 diantara perkara asas yg mesti diimani, tidak dianamakan beriman dengan hari akhirat jika seseorang tidak menyakini adanya sirat.
Secara zahirnya tidak ada orang yg mampu menyeberangi sebuah jambatan yg halus serta amat tajam, ditambah dengan bahang api neraka yg begitu panas. Tetapi terdapat nas al-Quran dan hadis2 yg menceritakan adanya orang2 yg berjaya menyeberangi dengan izin Allah SWT, Firman Allah :
"Kemudian kami akan selamatkan ornag yg bertakwa, dan Kami akan biarkan orang yg zalim tinggal berlutut di dalam neraka itu." (surah Maryam : 72)
Orang yg selamat menyeberangi titian tersebut bukanlah atas kebijaksanaan mereka, tetapi Allah SWT yg menyelamatkan mereka berasaskan keimanan dan ketakwaan mereka terhadapNYA. Sedangkan orang2 yg zalim iaitu mereka yg mendustakan para rasul dan juga ayat2 Allah akan dibiarkan oleh Allah jatuh berguguran kedalam neraka.
Ada pelbagai keadaan yg dihadapi oleh manusia. Ada yg dipanjangkan titian itu bagi mereka, ada yg gagal melalui lalu gugur ke dalam neraka. Bagaimanakah keadaan Rasulullah ketika umatnya sedang melalui sirat ini? Tidak akan lalu seseorang itu kecuali mereka akan menghadapi 7 sekatan dan soalan.
Pada sekatan 1:
Manusia akan diperiksa syahadah mereka, adakah mereka beriman dgn Allah dan RasulNYA. Jika benar akidah mereka, bebas daripada syirik yg meruntuhkan keimanan mereka, mereka dibenarkan bergerak menerusi titian sirat.
pada sekatan ke-2
Manusia akan diperiksa solat mereka,sekuranya solat mereka sempurna mengikut rukun dan syaratnya serta khusyuk hati mereka mengingati Allah SWT tanpa lalai dan sebagainya. Maka mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.
pada sekatan ke-3
Diperiksa iabadah puasa mereka. dibenarkan meneruskan perjalanan hanya setelah didapati ibadah puasanya memenuhi syarat rukun serta tidak dirosakkan dgn perkara2 yg membatalkan puasa.
pada sekatan ke-4
Diperiksa amal zakat mereka. Adakah mereka mengeluarkan zakat apabila mereka mempunyai harta yg wajib dikeluarkan zakatnya, jika mereka lulus maka mereka berjaya meneruskan perjalanan.
pada sekatan ke-5
Manusia diperiksa ibadah haji. ibadah haji diwajibkan hanya sekali seumur hidup. itupun setelah mereka mempunyai keupayaan dari segi wang,aman perjalanan menuju ke destinasi.
pada sekatan ke-6
Manusia akan ditanya mengenai ibadah wuduk dan mandi hadas. Wuduk adalah suatu kaedah mengangkat hadas kecil, bagi membolehkan seseorng menunaikan solat ,tawaf dan lain2 ibadah. wuduk amat penting kerana sekiranya dilakukan cara sambil lewa sehingga ada anggota yg tidak sampai air nescaya ibadah solat yg dilakukan tidak sah. Wuduk adalah ibadah yg menjadi tanda pengenalan umat Muhammad diakhirat kelak kerana wuduk sempurna menyebabkan anggota wuduk bercahaya.
pada sekatan ke-7
Sekatan terakhir ini manusia akan dihadapkan dgn soalan dan pemeriksaan yg paling berat,iaitu ditanya sama ada mereka ada melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. pemeriksaan inilah yg paling menyulitkan manusia yg hndak melalui titian itu.
Zalim ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya atau menyerahkan sesuatu bukan pada haknya. is adalah pencabulan atau penindasan terhadap hak seseorang.
Tiada seorngpun yg dapat menyembunyikan kezaliman yg mereka lakukan.
Allah itu Maha mengetahui segalanya....Walahualam....
About this blog
Tiada mutiara sebening cinta..
Tiada sutera sehalus kasih sayang..
Tiada embun sesuci ketulusan hati..
Dan tiada hubungan seindah persahabatan..
Sahabat bukanlah
MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya..
EKONOMI yang mengharap materi..
Tetapi
Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa...
Baghdadi Training Center
- http://atckedah.blogspot.com




0 comments:
Post a Comment