Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah.
Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang.
Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.






 Pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci





Matlamat Hidup Manusia





Matlamat dan peranan manusia dlm hidup telah dijelaskan oleh aqidah islam sejelas-jelasnya. manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya,tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang-binatang berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yg pendek atau panjang kemudian ditelan tanah,dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.

sesungguhnya is dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah dibumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yg pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yg lain, iaitu kehidupan yg kekal selama-lamanya tanpa penghujung.

Adapun para materialisme berkata: "manusia hidup untuk dirinya sendiri dan mengecapi nikmat dunia."

Manakala orang yg beriman menjawab: 
"Manusia hidup hanya kerana Allah yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yg kekal abadi." Firman Allah SWT : "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah yangg menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar."
(Al-mukminun: 115-116)

Marilah kita sama-sama lihat alangkah besarnya perbezaan antara orang yg hidup untuk dirinya dengan orang yg hidup untuk Tuhannya, diantara orang yang hidup didunia yg terbatas dengan orang yg hidup untuk kehidupan yg tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

Sesungguhnya teori kebendaan yg mengingkari tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia. Alangkah benarnya perkataan al-Quran: " Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan didunia adalah sedikit sahaja." (Al-Nisaa':77) 




Maka Tersenyumlah wahai diri





″ kesedihan tak kan abadi ″
Maka tersenyumlah wahai diri …
Roda kehidupan slalu berputar ada kalanya bahagia terasa, sedih merintih dan juga airmata. Tapi taukah kamu, ada Dia yang slalu menatapmu lembut yang tahu mana yang terbaik untukmu. Dia memberi apa yang engkau perlukan bukan yang engkau inginkan.
Maka tersenyumlah wahai diri …

Semua yang terjadi juga kerana kehendak-Nya, semua yang berjalan sesuai rencana-Nya. Ilmu-Nya meliputi segalanya dan kau tak mungkin menjangkaunya jadi untuk apa kau resah untuk sesuatu yang belum pasti kejadiannya. Bukankah janji-Nya itu pasti ??
Dialah Allah Yang Maha Mengetahui
Maka tersenyumlah wahai diri …

Ada Dia yang Maha Pemberi, dan Dia memberikan kepadamu segala apa yang kau mohonkan kepada-Nya. Dan jìka kau menghitung nikmat Allah, niscaya kau tak kan mampu menghitungnya, maka bersyukurlah
Maka tersenyumlah wahai diri …

Hidup terus berjalan meski kadang hati tak menginginkan, yang dicinta kan pergi yang didamba kan hilang, maka dekatkanlah dirimu dengan-Nya dengan Dia yang Maha Kekal
Maka tersenyumlah wahai diri …

Hamba memang rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Nya. Tapi tetap gantungkan harapan dan usahamu kepada-Nya Dia Yang Maha Kuasa, kau tak kan kecewa
Maka tersenyumlah wahai diri …

Ini ujian dari-Nya, dan Dia tidak akan menguji hamba melebihi kemampuannya. Tapi bukankah manusia itu memang diuji tuk mengetahui mana yang paling bertaqwa kepada-Nya, maka tetaplah istiqamah
Maka tersenyumlah wahai diri …

Masih banyak lagi saudaramu yang jauh lebih sakit dan menderita, slalu ada hikmah dibalik musibah slalu ada kemudahan setelah kesulitan, semua pasti indah pada waktunya. Maka bersabarlah
″ maka tersenyumlah wahai diri …
semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepada-Nya ″





Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua. Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....
^_senyum_^