Matlamat dan peranan manusia dlm hidup telah dijelaskan oleh aqidah islam sejelas-jelasnya. manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya,tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang-binatang berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yg pendek atau panjang kemudian ditelan tanah,dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.

sesungguhnya is dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah dibumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yg pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yg lain, iaitu kehidupan yg kekal selama-lamanya tanpa penghujung.

Adapun para materialisme berkata: "manusia hidup untuk dirinya sendiri dan mengecapi nikmat dunia."

Manakala orang yg beriman menjawab: 
"Manusia hidup hanya kerana Allah yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yg kekal abadi." Firman Allah SWT : "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah yangg menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar."
(Al-mukminun: 115-116)

Marilah kita sama-sama lihat alangkah besarnya perbezaan antara orang yg hidup untuk dirinya dengan orang yg hidup untuk Tuhannya, diantara orang yang hidup didunia yg terbatas dengan orang yg hidup untuk kehidupan yg tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

Sesungguhnya teori kebendaan yg mengingkari tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia. Alangkah benarnya perkataan al-Quran: " Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan didunia adalah sedikit sahaja." (Al-Nisaa':77)