kemanisan-iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Hidayah Ilahi



Hidayah…..
Betapa gembiranya hati,
Dengan Nur iman dihati,
Cahaya terserlah disanubari,
Anugerah dari Illahi.

Hidayah…..
Hanya datang kepada orang terpilih,
Ianya tidak boleh dijual beli,
Sedangkan kekasih ALLAH tidak dapat memberi,
Kecuali ALLAH Yang Maha Tinggi.

Hidayah…..
Kerlipan cinta yang menyinari hati,
Membuatkan kita sujud pada Illahi,
Amar ma'ruf nahi mungkar,
Setia menjadi hamba yang mu'min.

Hidayah…..
Dengan cahayamu itu,
Diri takkan berpaling lagi,
Dari melanggar batas syariatMu,
Yang dapat membinasakan diri.

Hidayah…..
Cahaya yang tidak ada nilainya,
Membawaku ke Syurga Firdausi,
Betapa beruntungnya menjadi hamba yang mu'min,
Yang sentiasa sujud pada perintah Illahi,
Dan betapa rugilah orang yang berpaling dariNya.


- Ya Allah layarkan cinta kami kepadaMU,Lindungi kami untuk menggapai redhaMU,berikanlah kami hidayah agar dikuatkan iman yang lemah...moga diberkati hidup ini menuju bahagia yang kekal abadi...amin...


Wanita,
Tanpa mereka,
fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu,
untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus....
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,

Didiklah mereka dengan panduanNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan liat,
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah,
Zat yang kekal,
Di situ punca kekuatan dunia!

Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca,
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera,
Hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia kerana daripada situlah nantinya,
mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
Jinakkanlah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah pimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az Zahra,
Andai dirimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahawajhah.

Renungan Hati

Engkau hanya mempunyai sekali hidup. Tiada sesaat pun yang telah dilalui boleh dikembalikan kerana dalam perbendaharaan Allah jumlah nafas bagimu sudah ditentukan dan tidak dapat ditambah.
Ketika kehidupan telah berakhir, tiada lagi lalu lintas rohaniah yang mungkin engkau perolehi. Kerana itu, apa yang dapat engkau kerjakan, kerjakanlah sekarang.
Beramallah hari ini sedemikian rupa seakan-akan hidupmu telah engkau habiskan dan bahawa hari ini adalah hari tambahan yang dianugerahkan kepadamu oleh rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa.

 Pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci




Kisah nabi Adam......
Al-Quran telah menceritakan peristiwa penciptaan manusia yg pertama oleh Allah SWT, yakni Adam a.s dalam surah al-Baqarah, ayat 30-34, seperti berikut:

    Dan ketika tuhanmu berfirman kpd para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." 
mereka berkata : Adakah Engkau hendak menjadikan dibumi itu makhluk yg akan membuat bencana dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih memuji-MU dan mensucikan-MU?" Tuhan berfirman: " Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (30)

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya,jika kamu golongan yang benar."(31)

Malaikat berkata,"Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana."(32)

Allah berfirman, "Wahai Adam,terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"(33)

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam," lalu mereka semua tunduk memberi hormat,melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir.(34)

Dan kami berfirman: " Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanan apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini ;(jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu golongan orang yang zalim."(35)

Setelah itu syaitan mengelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada didalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediamanmu dibumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."(36)

Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lau Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah,Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani. (37) Kami berfirman : Turunlah kamu semua dari syurga itu, Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku , maka sesiapa yang menjadi pengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan dari mereka dan mereka pun tidak akan berduka."(38)



-Maha suciMu Ya Allah, Engkaulah yang Maka pengampun lagi Maha mengasihani selamatkanlah kami didunia dan akhirat dan semoga kami tergolong didalam golongan orang-orang yang beriman-


Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, beberapa cara patut diketahui :-
  • Bersabar dengan segala yang menimpa. " wahai anakku, dirikanlah solat, dan surhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya." (Luqman:17) 

  • Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud : "Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta." (al-Ankabut:2-3)

  • Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohin yang mengugurkan daun-daunnya."(Hadis riwayat al-Bukhari)

  •  Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan amanusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keangungan dan kekuasaan Allah. "Orang yang apabila mereka ditimpa akan sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali."(al-Baqarah:156)

  • Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan(nikmat) dan kesengsaraan(bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

  • Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi saw bersabda, maksudnya : "sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya."(Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.

  • Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar,cubalah dapatkan nasihat.

About this blog

Tiada mutiara sebening cinta..

Tiada sutera sehalus kasih sayang..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukanlah

MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI yang mengharap materi..

Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa...

Baghdadi Training Center

  • http://atckedah.blogspot.com

Followers

Search This Blog


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Wassalam
...keep in touch...^_^
crazyprofile.com

My Blog List

Mimpi yang indah

Bila ku lalui jalan berduri,
sejuta harapan terus kupertahankan,
bukan mudah menggapai bintang,
disini dugaan mendatang,
disebalik kepayahan disitulah kekuatan,
tekad hati azimat diperjalanan,
mengejar impian......
dan bila laluan seakan sukar,
bagai tak terdaya untuk terus bertahan
namun kasihmu menyedarkan,
aku tak pernah sendirian,

disebalik kepayahan disitulah kekuatan,
tekad hati azimat diperjalanan,

tinggi langit mimpi ini,
tak ku ragu untuk membuktikan,
indah bila yang terang bukan khayalan tetapi kenyataan,
akan ku lalui kesulitan ini,
pasti akan bergantikan kebahagiaan... ^_^

Sabar dan Redha

Alhamdulillah....Hari yang cerah,secerah sekeping hati yang REDHA menyambut takdir Ilahi.Hari yang tenang,setenang sekeping hati yang SABAR saat diri diuji.Jangan kecewa andai semalam ditusuk duka,kerana akan hadir juga bahagia setelah derita.Seumpama siang yang pasti menjelma,selepas malam yang gelap gelita.Lalu bersyukurlah pada Ilahi tatkala melihat mentari hari ini.



ShoutMix chat widget


Popular Posts

Powered by Blogger.